Thursday, August 12, 2010

Tun Dr. Mahathir Mohamad



TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke-4
1981 – 2003
“Bapa Permodenan”


Biodata






Nama                     :Mahathir Bin Mohamad
Tarikh Lahir           :Jumaat 20 Disember 1925.
Tempat Lahir        :Rumah No.18, Lorong Kilang Ais,Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Agama                   : Islam
Perkerjaan             : Doktor
Perdana Menteri Malaysia(1981 – 2003)
Pendidikan:
  • 1930 Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah
  • 1945 Kolej Sultan Abdul Hamid (Senior Cambridge)
  • 1947 King Edward VII College of Medicine, Singapura
  • 1953 Universiti Malaya ( Ijazah Doktor Perubatan)
Nama Bapa              : Mohamad bin Iskandar
Nama Ibu                  : Wan Tempawan binti Wan Hanafi


Adik-beradik            : Anak bongsu (5 Lelaki, 4 Perempuan)
Pasangan                 : Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali
(Tarikh perkahwinan 5 Ogos 1956)
Anak                            : 7 orang ( 4 Lelaki 3 Perempuan)
Nama-nama :
  • Datin Paduka Marina Mahathir
  • Mirzan Mahathir
  • Melinda Mahathir
  • Dato’ Mokhzani Mahathir
  • Dato’ Mukriz Mahathir
  • Maizura Mahathir
  • Mazhar Mahathir
  • Daniel Fariezs(anak angkat)

Sumbangan 














Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Tun Dr Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, iaitu kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Pada masa yang sama, beliau juga telah memperkenalkan kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah´ yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Menyusul selepas itu ialah kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan´ yang bermatlamat untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan supaya dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan kerajaan.

Di samping itu, sumbangan Tun Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasakan pertanian kepada yang berasakan industri, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara maju. (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada tahun 1985 ). Seterusnya, beliau telah memperkenalkan pula slogan ‘Malaysia Boleh’  yang pada hakikatnya bukan sekadar slogan kosong yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pada 1990 pula beliau telah melancarkan Wawasan 2020 pelan Sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan hala tuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu mencapai taraf Negara menjelang 2020. Taraf Negara maju yang dibayangkan oleh beliau bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. 

Kemudian, pada 1996 beliau telah memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini ke arah Zaman Maklumat iaitu dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara yang lain adalah projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna. Di satu hujung MSC terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di satu hujung lagi adalah pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Kesemua projek berbilion ringgit ini, dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment