Thursday, August 12, 2010

Kewarganegaraan

NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta.


SEJARAH LAGU NEGARAKU

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.

Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA 

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup domekratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak, membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan.



KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawahbumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza.

Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasuruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia.


Semarak Merdeka - Imbasan Patriotik

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA



Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957. 


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama. 

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan. 

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan. 

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Stadium Merdeka

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. 
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.



Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.


Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Kemajuan dalam Pemodenan

Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri beliau...



Lambang kemajuan negara dalam industri petroleum...
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara..


Tun Dr. Mahathir Mohamad



TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke-4
1981 – 2003
“Bapa Permodenan”


Biodata






Nama                     :Mahathir Bin Mohamad
Tarikh Lahir           :Jumaat 20 Disember 1925.
Tempat Lahir        :Rumah No.18, Lorong Kilang Ais,Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Agama                   : Islam
Perkerjaan             : Doktor
Perdana Menteri Malaysia(1981 – 2003)
Pendidikan:
  • 1930 Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah
  • 1945 Kolej Sultan Abdul Hamid (Senior Cambridge)
  • 1947 King Edward VII College of Medicine, Singapura
  • 1953 Universiti Malaya ( Ijazah Doktor Perubatan)
Nama Bapa              : Mohamad bin Iskandar
Nama Ibu                  : Wan Tempawan binti Wan Hanafi


Adik-beradik            : Anak bongsu (5 Lelaki, 4 Perempuan)
Pasangan                 : Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali
(Tarikh perkahwinan 5 Ogos 1956)
Anak                            : 7 orang ( 4 Lelaki 3 Perempuan)
Nama-nama :
  • Datin Paduka Marina Mahathir
  • Mirzan Mahathir
  • Melinda Mahathir
  • Dato’ Mokhzani Mahathir
  • Dato’ Mukriz Mahathir
  • Maizura Mahathir
  • Mazhar Mahathir
  • Daniel Fariezs(anak angkat)

Sumbangan 














Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Tun Dr Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, iaitu kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Pada masa yang sama, beliau juga telah memperkenalkan kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah´ yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Menyusul selepas itu ialah kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan´ yang bermatlamat untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan supaya dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan kerajaan.

Di samping itu, sumbangan Tun Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasakan pertanian kepada yang berasakan industri, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara maju. (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada tahun 1985 ). Seterusnya, beliau telah memperkenalkan pula slogan ‘Malaysia Boleh’  yang pada hakikatnya bukan sekadar slogan kosong yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pada 1990 pula beliau telah melancarkan Wawasan 2020 pelan Sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan hala tuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu mencapai taraf Negara menjelang 2020. Taraf Negara maju yang dibayangkan oleh beliau bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. 

Kemudian, pada 1996 beliau telah memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini ke arah Zaman Maklumat iaitu dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara yang lain adalah projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna. Di satu hujung MSC terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di satu hujung lagi adalah pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Kesemua projek berbilion ringgit ini, dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia.